.:Hand to give:.

16.1.11

~DARI KERANA NAMA~

Salam alaik
Abu Darda ada meriwayatkan yang Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-namamu." 
(Hadith Riwayat Abu Daud)
26 Alpabet untuk dipilih membentuk nama seorang manusia. Macam-macam nama boleh dibentuk. Alhamdulillah, saya diberi nama yang cukup panjang, ada 28 huruf 
( + nama abah)di pasport dan KTM( Kartu Tanda Mahasiswa):
RUBIATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM
28 huruf + 1 ' di kad pengenalan dan sijil kelahiran.
RUBI'ATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM 

Terlalu banyak kisah yang nak saya kongsikan sebenarnya dari nama saya yang panjang berjela ni. Banyak jugak persoalan-persoalan yang timbul soal nama saya ni. Dan insya-ALLAH, hari ni saya akan bercerita panjang lebar DARI KERANA NAMA.
+1: ASAL-USUL+
Kata family saya, nama saya sempena seorang wanita sufi yang cukup terkenal dalam sejarah ISLAM: RABIAH AL-ADAWIYAH. Maka, saya diberi nama RABIATUL ADAWIYAH . 
+2. MAKNA @ MAKSUD+
Saya tak pernah kisah dengan maksud nama saya ni masa kecik-kecil. Cuma yang saya tahu nama saya sempena tokoh wanita ISLAM jek. Bila di sekolah rendah, ustazah atau ustaz tanya, dengan bangganya saya jawab sempena tokoh tu. Tapi sayangnya saya pun tak tahu siapa dia sebenarnya. Disebabkan nak tahu, saya minta emak belikan buku kisah hidup RAA ni. Tahu kisah, tak tahu maksud nama. 
Saya faham dan tahu maksud nama saya bila dah masuk sekolah menengah. Al-maklumlah sekolah agama yang mewajibkan pelajar-pelajarnya belajar BAHASA ARAB. Tingkatan 1, mengenal angka dalam bahasa ARAB, barulah saya faham.

" Oh, RABIAH tu empat rupanya".

Kemudian, mencari-cari pulak maksud ADAWIYAH. Kalau ditelusuri dari kisah RAA, dia diberi nama RABIAH sebab dia anak keempat. Kalau dilihat kisah saya, kurang bertepatan la pulak. Saya anak ke sembilan, mak dan abah kena bagi nama " TIS'AH" la. Hehehe.

Tak kisahlah, yang penting nama saya tu dah jadi RABIATUL dah. Kemudian, mencari maksud ADAWIYAH pulak. Kata emak, maksud nama saya penyembuh atau ubat. Hampir tepat kata-kata emak bila belajar tentang pekerjaan2 dalam BAHASA ARAB. 
ADAWIYAH asalnya dari ADAWAT yang beerti UBAT. So, hampir sama la nama dengan SYIFA yang bermaksud penyembuh. So, boleh la pasni kalo nak panggil SYIFA juga..Heheh.

2.1.11

~SABAR~

Salam alaik.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sabar dan terus bersabar.. Kerana terlebih sabar, blog saya ni dah bersawang-sawang jadinya. Dan hari ini, saya sabarkan diri dalam operasi menghias blog. Azam baru sempena tahun baru yang masih hangat dan mudah2an tidaklah hanya hangat.hangat tahi ayam je. Tahun ni saya nak  menulis sesuatu yang bermanfaat kepada semua yang sudi singgah dan menjengah blog ni. Insya-ALLAH.

2010 yang lalu berakhir dengan senyuman. (",). Setelah 9 hari menjalani rutin yang agak kurang menarik di bahagian GIGI dan MULUT ( nama glamournya;GIMUL), RS Hasan Sadikin Bandung,akhirnya lulus. Berkat keSABARan walaupun tidak sempat makan, LI setiap hari dan berkurung di tingkat 3 POLIKLINIK setiap hari, saya berjaya melepasi bahagian tersebut dengan hati yang sangat tenang. Alhamdulillah,

2011 datang, terlalu banyak hal yang menguji keSABARan sebenarnya.Kalau dilistkan, penat nak menulis. Bulan 1, bulan kesabaran:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.