Assalamualaikum wbt.
+ Rindu marha..Agaknya dia rindu tak kat Bunda dia ni?+
Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Hari ni hari cuti di Indonesia sebab hari ni adalah Hari Nyepi, satu perayaan orang Hindu. Untuk pengetahuan semua, di Indonesia memang akan cuti untuk perayaan agama. Maka, bertambah lagilah hari untuk merehatkan diri dan bersuka ria untuk saya yang dah habis koas ni...(",)
Cuti pun cuti juga, kerja saya masih melambung-lambung. Salah satu kerja yang tak habis-habis sejak lama dulu ialah menulis novel. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya cuba siapkan novel saya untuk jadi versi cetak tapi malangnya sampai sekarang tak siap-siap juga. Maklumlah, setiap hari adalah busy-busy day dan hari di hospital. Baru sekarang ada masa berehat dan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, cuti ni dapat saya manfaatkan sebaliknya dan novel saya akan siap sebelum saya jadi doktor tahun ni. Insya-ALLAH.
Oh ya, bila cerita pasal nak jadi doktor, mestilah ada step by stepnya. And sebelum jadi doktor, sekali lagi saya kena berdepan dengan exam. Exam, exam dan exam. Alhamdulillah, Rabu lepas saya dah habis exam OSCE yang sangat menguji kesabaran...Huhu..Sekarang, tinggal menunggu result sama ada lulus atau pun tidak. Kalau lulus, Alhamdulillah selamat sudah jadi doktor. Kalau belum lulus, sila ambil exam semula.=( Apa-apa pun, saya berharap dapat rezeki terbaik dan bermanfaat untuk saya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH
Hari Rabu lepas juga adalah hari dapat result SPM di Malaysia. Saya teringat zaman-zaman SPM saya dulu-dulu. Sedar tak sedar, dah lebih dari 7 tahun zaman tu berlalu. Dan sekarang, tinggal selangkah dan setapak lagi mencapai cita-cita saya nak jadi doktor. Dan detik perjalanan nak sampai ke tahap ni bukanlah semudah yang orang nampak. Banyak getir dan ujiannya.
Dari SPM hinggalah sekarang, ALLAH uji tanda sayangNYA.


