.:Hand to give:.

19.7.12

.: Bunda:.

Assalamualaikum wbt..

Amat sangat lama blog saya ni tak ada khabar berita...
2 bulan di Subang langsung takde sepatah entry pun..
Maklum ajelah, saya sibuk dan buat-buat sibuk..

Alhamdulillah, dalam sibuk tu ada berita baik nak kongsikan dekat sini...
Apa dia?

Jeng..Jeng..Jeng..
Inilah berita gembiranya..

Alhamdulillah, untuk kedua kalinya saya jadi Bunda..
Nama si bulat ni Muhammad Afham bin Mohd Azrulfadzli..


Afham lahir 7.6.2012, berat 3kg di HoSHAS Temerloh, normal delivery..
Ini baby umi ya.
Bukan baby saya@ Bunda
Hehe..
Umi adalah panggilan untuk Anah, kakak saya no-4..

Anah, kakak saya pun sihat walafiat je lepas bersalin
Mungkin sebab dah anak kedua, dia lebih siap fizikal dan mental..

Dan seperti selalu,
Saya, Bunda mestilah jadi orang yang last jumpa Afham
Hanya tengok gambar je setakat ni..
Dah sebulan lebih umur dia, saya tahu perkembangan tru telefon je..
Mujurlah ada orang yang rajin bercerita..
Kalau tidak, macam katak duduk bawah tempurunglah saya...


Tahniah untuk Anah sebab dah dapat baby sepasang
Tahniah juga pada anak saudara manja saya, Marha sebab dah dapat kawan..
Serious, rindu amat sangat pada Marha..


Hari tu masa telefon Malaysia, Marha dah nak cakap dengan saya..
Dengan petahnya dia cakap gini:


" Bunda tak nak balik tengok adik baby Kak Long ke?."
Oho, memanglah saya nak balik cuma Bandung-Malaysia tu bukanlah sejengkal.
Kalaulah sejengkal, setiap hari saya balik main dengan baby..


Saya beritahu Marha begini:
" Mestilah nak. Cuma Bunda jauh. Nanti bunda balik okey."


Paling tak sangka, dia faham apa yang saya cakap tu.
Fuh, rindu, serindu, rindunya pada keluarga.
Mujurlah saya wajib balik Malaysia minggu depan.
Jadi, 5 hari yang singkat tu saya nak gunakan sebaiknya..
Nak gomol Marha dan Muhammad puas-puas..
(",)


Marha & Muhammad, 
Tunggu Bunda balik okay
--------------------
Kalau nak tahu,
Aemua adik-beradik perempuan saya dipanggil dengan nama keibuan
Kalau ada anak/anak saudara lagi lepas ni,
Mereka akan panggil kami-kami sesuai dengan panggilan tu...


Inilah senarainya:
1. Ekok: Cik Umi
2. Anah: Umi
3. Andak: Mummy
4. Wawa: Ibu
5. Nana: Mama
6. Ada@ Saya: Bunda
7. Najwa: Mamak?


Mamak?Hehehe..
Hanya Najwa adik bongsu saya je takde panggilan keibuan
Memang sebelumnya Marha pernah panggil dia mamak.
Tapi sebab rasa macam orang yang tebar roti canai agaknya,
Adik saya menangis tak keruan dibuatnya
Merajuk panjang dia dengan anak sedara saya


Dah akhir cerita, dia pun bahasakan diri dia Cik Su..
Untuk panggilan masa depan, tak tahulah lagi..
Dia belum pasti dan tahu lagi sebab sekolah pun tak habis lagi
Kalau saya..lain sikitlah
Hehe

Kenapa saya pilih Bunda?
Awalnya saya dah cop nak panggilan ibu..
Cuma sayangnya bila balik, Marha dah pun panggil kakak saya Wawa dengan panggilan tu..
Mahu tak mahu kenalah gunakan akal panjang sejengkal..


Pling..
Lekatlah nama Bunda tu.
Dan saya sangat suka dengan nama klasik tu
Panggilan klasik cuma saya ibu modenlah nanti
Mungkin hanya didikan klasik macam orang zaman dulu-dulu..
Insya-ALLAH


Saya tak sangka saya dah pun jadi Bunda di umur 25++ ni.
Dan jujur, saya sangat suka & gembira kalau bahasakan diri dengan budak-budak dengan nama tu.
Moga kekallah panggilan & sifat keibuan yang menggebu ni.
Insya-ALLAH.


P/S:
1. Saya dekat Majalaya sekarang..Menjadi bunda doktor di Puskesmas sebulan ni.
2. Balik Malaysia: 28.7-1.8.2012..Sukanya
3. Lusa dah nak mula puasa


Salam Ramadhan buat semua, moga lebih bermakna.
Insya-ALLAH..


Wallahu'alam
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.