Salam alaik.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sabar dan terus bersabar.. Kerana terlebih sabar, blog saya ni dah bersawang-sawang jadinya. Dan hari ini, saya sabarkan diri dalam operasi menghias blog. Azam baru sempena tahun baru yang masih hangat dan mudah2an tidaklah hanya hangat.hangat tahi ayam je. Tahun ni saya nak menulis sesuatu yang bermanfaat kepada semua yang sudi singgah dan menjengah blog ni. Insya-ALLAH.
2010 yang lalu berakhir dengan senyuman. (",). Setelah 9 hari menjalani rutin yang agak kurang menarik di bahagian GIGI dan MULUT ( nama glamournya;GIMUL), RS Hasan Sadikin Bandung,akhirnya lulus. Berkat keSABARan walaupun tidak sempat makan, LI setiap hari dan berkurung di tingkat 3 POLIKLINIK setiap hari, saya berjaya melepasi bahagian tersebut dengan hati yang sangat tenang. Alhamdulillah,
2011 datang, terlalu banyak hal yang menguji keSABARan sebenarnya.Kalau dilistkan, penat nak menulis. Bulan 1, bulan kesabaran:


