Salam alaik.
+Nice scenery...bila la nak dapat cuti ni?+
Apa yang E! Apa yang PD? Tidak ada yang cantik, menarik dan tertarik nak dikongsikan di blog ni. Sekadar menulis dan memberi tahu semuanya baik-baik belaka walaupun ada juga yang tidak seindah bahasa berbunga pujangga. Cewah, jiwangs la pulak ye!
Erm,
hari ni Jumaat..Penghulu segala hari! Dan dah saya sudah rasminya
berada di penghujung minggu ke-4 Bagian Ilmu Penyakit Dalam @ IPD.
Mungkin dah lama tak masuk department besar dan department OBGIN &
BEDAH sebelum ni agak santai seperti di pantai, rasa semangat nak study
untuk exam lambat muncul. Walaupun ada rasa cuak, tapi rasa santai lebih
dominan. Tiap malam masih tidur lena dan terlajak dari waktu tidur yang
sepatutnya.


