.:Hand to give:.

13.6.11

1/2+50%=1

Salam alaik.
Apa yang 1/2, apa yang 50%, dan apa yang dah jadi 1? Sebelum saya membebel panjang, jom layan gambar ni dulu:
 +Hanya ALLAH sebaik-baik penolong+


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup dan mengutip pengalaman demi pengalaman saat ini. Syukur juga kerana minggu exam yang sangat memenatkan dah berlalu. Keputusan dan hasilnya belum tahu, namun saya berdoa dan berharap semuanya baik-baik belaka. Dan hari ini, saya akan memulakan rotasi baru di bahagian baru: :ILMU PENYAKIT DALAM selama 9 minggu ke depan.


Berbalik kepada kisah 1/2 dan 50%. Selesai Radiologi dan Nuklir kelmarin, saya dan kawan-kawan membelek buku log hijau (penilaian P3D). Dah 1/2 darinya sudah bertandatangan, bermakna sudah 50% hidup sebagai medical intern kami lalui. Tinggal sebahagian lagi@ 34 minggu lagi yang harus kami lalui.

Banyak kisah dan pengalaman yang amat berharga sepanjang menjadi koas ni. Walaupun kadang-kadang menjadi koas racun, momen-momen tersebut akan menjadi guru paling berharga untuk masa akan datang. Dan pastinya, saya akan tersenyum-senyum sendiri bila mengingat pahit manis bergelar koas ni. Insya-ALLAH, saya akan kongsikan di sini kisah koas racun versi saya pada entri ini.

6.6.11

Ekspress!

Salam alaik.
Dah selamat bercuti 4 hari, bermula dari hari Khamis sampailah sekarang . Esok dah kembali kepada rutin seperti selalu. Terasa cepat masa berlalu. Ekspress sungguh ya! Tak boleh kata esok juga sebab sekarang dah masuk jam 12 tengah malam dah di Bandung. Maknanya, hari ini saya akan mula rotation di Department Kedokteran Nuklir  2jam/hari selama 5 hari mendatang. Insya-ALLAH.

Kenapa saya memilih tajuk Ekspress untuk n3 ini? Jeng..jeng..jeng. Jawapannya adalah, terlalu banyak kisah-kisah ekspress yang terjadi pada orang sekeliling saya. Most of it ada kaitan dengan jodoh dan pertemuan termasuklah seorang kakak senior tersayang. Akakku, i'm really happy 4u. (",)

Saya belum pernah mengalami kisah-kisah ekspress sebegitu. Hanya menjadi pendengar yang setia sahaja. Belum berkesempatan menjadi pencerita. Tak tahulah nanti.

3.6.11

Musafir

Salam alaik.
Alhamdulillah. Syukur masih diberi kesempatan menikmati hidup dan kesihatan. Banyak kisah dan cerita nak dikongsikan. Entri ni dah ada dari minggu kelmarin tapi tak sempat nak diedit dan diselesaikan. Semuanya kerana busy-busy day kembali lagi. Kembali dengan rutin pergi pagi, balik petang di Radiologi. Memang hitam dan putih hidup saya dua tiga menjak ni. (",)

Minggu ni dapat cuti panjang (4 hari), dapat melupakan gambaran radiologi dan expertisenya sekejap.Memang gembira dan seronok sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, pagi tadi ROCKERS aka Rombongan Cik Kiah ( girl only) dah berjaya menyelesaikan cabaran berjalan kaki dari Dago ke Lembang. Fuh, tak percaya rasanya. Tapi kena percaya juga ye!Dekat punya dekat, tak sedar dah jalan kaki 6 km. Terbakar jugalah lemak 200-300 gram.(",).Nanti saya ceritakan kisah Rockers tu panjang lebar di next akan datang ye.

23.5.11

Makan & Syukur!

Salam alaik
 

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas rezeki dan nikmat yang tak putus-putus dari-NYA. Masih berkesempatan menikmati hidup, masih punya kesempatan untuk berkongsi kisah suka duka dan cerita di blog saya ni. 

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni saya di bahagian Radiologi..Dunia yang sebelumnya penuh dengan efek sedatif hipnotik di Anestesi sekarang berubah menjadi warna hitam dan putih sepenuhnya. 

" Putih itu bersih, hitam itu menawan".

Itu madah yang kita selalu dengar. Itu ayat-ayat yang sering diguna pakai di iklan-iklan. Namun bagi saya, apa pun warna kehidupan, kita harus jalaninya dengan gembira dan ceria. Insya-ALLAH.

17.5.11

Walimah?

Salam alaik!
Gambar di atas hanyalah rekanan semata-mata. Tak ada kaitan dengan saya, ada kaitan dengan kawan-kawan dan kenalan saya yang akan melangsungkan pernikahan.

Hari ni nak berkongsi kisah hari. Al-kisahnya begini!
Bila menjelang musim cuti sekolah, mahupun cuti semester universiti-universiti di Malaysia, penuh wedding invitation di facebook. Kenduri dan jemputan di sana sini. Bukan senior, junior pun ada. Dan saya di sini, nun di bumi orang ni hanya mampu merakamkan ucapan tahniah dan melafazkan doa.

" Selamat pengantin baru...moga bahagia hingga ke syurga."

Tidak mampu berjanji untuk datang sebab memang tak ada kesempatan untuk hadir. Tidak dapat memberi hadiah kenang-kenangan juga kerana jarak yang menghalang. Hanya hadiah doa yang mampu saya lafazkan. Moga rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dari-Nya dan menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya-ALLAH.
  
Walimah...kahwin...nikah...rumahtangga!
 Lantaran jemputan yang banyak tak dihadiri, bab-bab di atas jadi topik utama dua tiga menjak ni. Dimana-mana, orang akan bertanya hal tersebut. Sms kawan lama, pasti topik nikah kahwin jadi bualan.

" Bila kau nak kahwin?."
" Lambat lagi ke nak jamu nasi minyak?".

Persoalan demi persoalan ke arah pernikahan. Singgung, dan saya tak tersinggung sikit pun. Tak kisahlah orang nak kahwin,saya belum sampai jodoh. Tapi lama kelamaan, ada gak rasa tak best dalam hati. Kenapa ya? Kira dengan jari umur, dah dewasa rupanya aku, dah masuk era 20-an.Tapi itu bukanlah alasan utama.


Kenapa kena fikir? 

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.