.:Hand to give:.

26.3.12

.:Delay:.

Bismillah
Assalamualaikum wbt...

+ Azimat & Semangat+

Hari ini sejarah dalam hidup saya. Hari pengumuman hasil exam tempoh hari. Saya berdukacita memaklumkan saya belum lulus dan harus ambil kedua-dua exam Sabtu dan Selasa mendatang. Memang sedih, memang pedih menerima kenyataan itu... 

Namun, ada kata-kata menenang hati dan membuatkan fikiran saya positif semula.

1. UJIAN
ALLAH uji tanda kasih sayang-NYA.
Saya tahu dan yakin tu. 


Kegagalan hari ini tanda DIA sayang pada saya. 

23.3.12

.:S.P.M:.

Assalamualaikum wbt.

+ Rindu marha..Agaknya dia rindu tak kat Bunda dia ni?+

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Hari ni hari cuti di Indonesia sebab hari ni adalah Hari Nyepi, satu perayaan orang Hindu. Untuk pengetahuan semua, di Indonesia memang akan cuti untuk perayaan agama. Maka, bertambah lagilah hari untuk merehatkan diri dan bersuka ria untuk saya yang dah habis koas ni...(",)

Cuti pun cuti juga, kerja saya masih melambung-lambung. Salah satu kerja yang tak habis-habis sejak lama dulu ialah menulis novel. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya cuba siapkan novel saya untuk jadi versi cetak tapi malangnya sampai sekarang tak siap-siap juga. Maklumlah, setiap hari adalah busy-busy day dan hari di hospital. Baru sekarang ada masa berehat dan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, cuti ni dapat saya manfaatkan sebaliknya dan novel saya akan siap sebelum saya jadi doktor tahun ni. Insya-ALLAH.

Oh ya, bila cerita pasal nak jadi doktor, mestilah ada step by stepnya. And sebelum jadi doktor, sekali lagi saya kena berdepan dengan exam. Exam, exam dan exam. Alhamdulillah, Rabu lepas saya dah habis exam OSCE yang sangat menguji kesabaran...Huhu..Sekarang, tinggal menunggu result sama ada lulus atau pun tidak. Kalau lulus, Alhamdulillah selamat sudah jadi doktor. Kalau belum lulus, sila ambil exam semula.=( Apa-apa pun, saya berharap dapat rezeki terbaik dan bermanfaat untuk saya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH

Hari Rabu lepas juga adalah hari dapat result SPM di Malaysia. Saya teringat zaman-zaman SPM saya dulu-dulu. Sedar tak sedar, dah lebih dari 7 tahun zaman tu berlalu. Dan sekarang, tinggal selangkah dan setapak lagi mencapai cita-cita saya nak jadi doktor. Dan detik perjalanan nak sampai ke tahap ni bukanlah semudah yang orang nampak. Banyak getir dan ujiannya.

Dari SPM hinggalah sekarang, ALLAH uji tanda sayangNYA.

19.3.12

.:Final:.

Assalamualaikum wbt...

Saya dah selamat kembali ke Bandung seminggu lepas. Balik-balik esoknya (12-3-2012)terus ada Judicium a.k.a pengumuman result koas @intern. Alhamdulillah, tak ada masalah dan saya boleh ambil exam final MDE ( Multidisclinary exam) & OSCE (Oral Clinical Examination). Exam ni adalah exam final, sefinal dan finalnya sebelum jadi doktor. Lepas ni dah takde exam dah, cuma kerja tidak bergaji je 6 bulan mendatang di rumah sakit di Jawa Barat ni. Insya-ALLAH.

Bila bercerita pasal final ni, memang banyak hal yang kurang best. Maklumlah, sebelum exam final ni saya bercuti dan balik Malaysia. Dah balik tu, faham-faham jelah. Rajin makan, tidur dan bersantai-santai je. Lupa dan kurang rajin membuka buku dan membaca. Entah apa kena, memang kurang ada mood nak study di rumah. Mungkin sebab lama tak cuti, jadinya bila ada cuti tak ingat dunia jadinya. Mungkin juga sebab rasa masa banyak lagi, jadi berfoya-foya dengan masalah jawabnya. Sedar-sedar, masa tu berlalu sangatlah cepat. 11.3.2012 dah kena balik Malaysia. Dan dengan bangganya, saya maklumlah saya baru habis  buat soalan satu department je sampai habis cuti.

Bila balik Bandung, mulalah terkejar-kejar nak belajar. Memang berlari pecutlah saya menghabiskan past year question dan marathon membaca notes. Maklumlah ada 15 department lagi kena study. Alhamdulillah, kol 6 pagi hari Sabtu (pagi exam MDE) saya selesai membaca semua notes dan menjeling soalan. Dah namanya study last minute, maka walaupun dah baca sangatlah mudah lupa. Sampaikan bila jawab soalan exam, confius mana satu yang betul. Padan muka sendiri dan yang baca , sila amil iktibar ye. Apa-apa pun, exam MDE tu dah selesai dan tinggal menunggu keputusan ye. Mudah-mudahan, luluslah hendaknya..

Satu exam dah settle, satu exam lagi menanti. Rabu ni, saya exam OSCE. Exam OSCE ni menguji dan menilai kemampuan kami untuk handle patient. Memang cuak tingkat tinggi nak exam ni memandangkan exam ni wajib lulus. Kalau tak lulus, tak jadi doktorlah jawabnya. Dan disebabkan kami dah lama sangat-sangat tak pernah exam OSCE ni, memang kena usaha lebih banyaklah. Kena review buku-buku zaman Sked (teori) dulu yang dah lama terperam dalam kotak. Bila tengok buku tu, tersenyum sorang-soranglah saya. Maklumlah, tu kenangan dan tulisan zaman muda remaja. Banyak dugaan, ujian dan seangkatan dengannya yang harus dilalui sebelum sampai ke final year ni..Syukur pada ALLAH sebab dipermudahkan urusan saya hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, hari ni dah adalah hari wajib belajar. Sepatutnya wajib belajar setiap hari tapi faham-faham jelah ye. Dok layan movie, tertengok tV dan tertidur sokmo time nak study, maka jadi sunat belajar jelah sebelumnya. Bila exam dah makin dekat ni, kena berusaha lebih banyaklah. Nak-nak saya ni memang pengamal skim study last minute sejak dulu-dulu. Maka, mulalah episod jadi Zombie & Burung Hantu hari nii. Moga urusan ni dipermudahkan. Insya-ALLAH.

Dan kata-kata dibawah ni jadi azimat & penguat semangat saya untuk menghadapi bulan-bulan terakhir sebagai student ni.

" Kalau 6 tahun boleh bertahan dan berusaha bersungguh-sungguh, kenapa 6 bulan tak boleh?."

Yuk, semangat dan terus berusaha...(",). Kepada semua kawan-kawan batch 2006, ALL THE BEST & GOOD LUCK.

P/S:
1. Claim insurans saya tak dapat lagi..Ayoyo.
2. Handphone saya dah start meragam, macam tau je duit dah nak masuk..Adoi.
3. Kak Tasha dah selamat nikah, congrates..
4. My sis, Nana will getting married end of this month. Harap sangat boleh balik, tapi apakan dayaku..Huhu.

Wallahu'alam
Wassalam


1.3.12

.:Homesick:.

Assalamualaikum wbt..
This entry live from my home, Kg Rantau Panjang, Lanchang Pahang Malaysia.
Peace and lovely as usual with the super duper happy me (",)


+ Gambar hiasan je:  The Harvest 25.2.2012+

As u all know, i'm already finish my clinical year and now enjoying my holiday for two weeks. Same like before, i spend this holiday at my home with my lovely family. Alhamdulillah, i'm already here after traveling for almost 15 hours form Bandung to Malaysia. 

And for sure, yesterday is hectic day..(",)

Tuesday blues, waiting for my ERP & Pasport. This document finish at 5pm& i took it from Padma at 7 pm. Then, doing my last minute shopping. I just bought baju batik for me and my niece, 5 kilos of salak pondoh and kek lapis. Sorry all coz i'm running out of money for sure..Hehe.

Night before travel to Soekarno Hatta International Airport, i stay up all over night. I spend my night watching Korean series, packing and eating. I have to all this stuff coz i'm worried i can wake up early in the morning and left by my travel.After all, that not happen and i slept on my way to Jakarta. Sampaikan bapak supir yang risau tengok saya kerja tidur je..Hehe

In a word, yesterday also a Tido Day. I spend most of my time traveling home (Bandung-Jakarta-Kuala Lumpur-Pahang) with sleep, sleep, sleep and sleep. Maybe a compensation for a night call form Korean series..=)

After all, i'm already home and my homesick will relieve for sure. 
Just a word from my niece make all my problem and worries gone.
When she call me Bunda for the first time, my mouth keep smiling untill and my heart is so happy..Tu baru anak saudara, kalau anak sendiri nanti tak tahu lah..Hehe

Family and home is the best treatment for this disease
ALLAH, thanks for this lovely holiday..(",)

Wallah'alam
Wassalam

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.